BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

^,^ quote of d day.. ^^

Senin, 28 Juni 2010

Nasihat Yahya bin Mu’adz

Musuh manusia ada 3 yaitu : (1). dunianya, kerananya waspadailah duniawi itu dengan berzuhud terhadapnya, (2). setannya, kerananya waspadailah setan dengan menentangnya, dan (3). hawa nafsunya, kerananya waspadailah hawa nafsu itu dengan meninggalkan keinginan-keinginannya.


Berapa banyak orang yang beristighfar (memohon ampun) dimurkai dan orang yang diam disayangi. Selanjutnya Yahya Bin Mu’adz melanjutkan : “Orang ini meminta ampun kepada Allah, tetapi hatinya durhaka. Orang ini diam, tetapi hatinya berdzikir.” Hakikat cinta ialah tidak bertambah kerana mendekat dan tidak berkurang kerana menjauh.


Hai anak Adam, kamu mencari dunia seperti orang yang harus mendapatkannya dan kamu mencari akhirat seperti orang yang tidak memerlukannya, padahal dunia telah dicukupkan kepadamu sekalipun kamu tidak mencarinya. Akan tetapi, akhirat hanya dapat kamu peroleh dengan usahamu. Oleh kerana itu, fikirkanlah keadaanmu.


Padang di dunia ditempuh dengan kaki dan padang di akhirat ditempuh dengan kalbu.

Agamamu masih tetap tercabik-cabik (tambal sulam) selama hati kamu masih bergantung pada cinta duniawi.


Syurga dikelilingi oleh hal-hal yang tidak disukai dan kamu membencinya. Neraka dikelilingi oleh hal-hal yang menyenangkan dan kamu mencarinya. Oleh kerana itu tiadalah kamu melainkan seperti pesakit yang sakit keras. Jika ia dapat menahan diri terhadap pahitnya ubat, ia akan beroleh kesembuhan dengan kesabarannya. Jika ia tidak mampu menahan diri terhadap ubat yang diberikan, akan bertambah parahlah penyakit yang menggerogotinya.


Janganlah kamu mengambil teman, kecuali yang mempunyai tiga pekerti: (1). yang mengingatkan kamu akan akibat buruk dosa-dosa ; (2). yang mengenalkan kamu akan kotoran hal-hal yang tercela; (3) yang mengajak kamu kepada Tuhan Yang Maha Mengetahui semua yang ghaib.


Dunia adalah pemimpin orang yang mengejarnya dan pelayan orang yang meninggalkannya. Dunia itu mengejar dan dikejar. Barangsiapa yang mengejarnya, ia akan menolak; dan barangsiapa yang menolaknya, ia akan mengejarnya.


Dunia adalah khamarnya setan. Barangsiapa yang mabuk kerananya, ia tidak bakal sedar, kecuali bila telah berada di antara golongan orang-orang yang mati dalam keadaan menyesal, lagi dihimpunkan bersama dengan orang-orang yang merugi.


Apabila Alah menyukai seorang hamba, diberi Nyalah ia cubaan. Jika ia sabar, Allah pun akan memilihnya, dan jika ia redha, Allahpun akan mendekatkannya. Sebaliknya jika ia mengeluh (menggerutu), Allah akan membuangnya dan menjauhkannya.


Ubat penawar hati ada lima macam: (1). membaca Al Qur’am dengan menafakuri maknanya, (2). mengosongkan perut (puasa), (3) qiyamul lail, (4) berdoa dengan merendahkan diri pada waktu sahur dan (5) berteman dengan orang-orang sholih.


Ada 3 hal yang membuat bahagia iaitu (1) mata yang menangis, (2) kepala yang tunduk (3) telinga yang mendengar.


Ketahuilah bahawa ilmu itu tidak dikehendaki untuk diketahui saja, melainkan dikehendaki untuk diketahui dan diamalkan, kerana pahala amal itu dapat diraih berdasarkan pengalaman, bukan kerana ilmu semata. Tidakkah engkau lihat bahawa ilmu itu apabila tidak diamalkan, maka akan berubah menjadi bencana dan senjata makan tuan?


Barangsiapa yang mencari Nya bukan melalui jalan berharap dan takut, bukan dengan rindu dan cinta (kepadaNya), nescaya dia akan kebingungan dalam mencari-Nya, kacau dalam amalnya, tidak akan menemukan nikmatnya ibadah, dan tidak dapat menempuh jalan kezuhudan. Oleh kerana itu, bertaqwalah kepada Allah yang hanya kepadaNya engkau kembali.


Kesenangan cinta,
adalah kerana ingin tetap bersama,
dengan yang dicintainya
Kami merasa hairan dengan orang yang selalu mencela
orang yang sedang dimabuk cinta
padahal selama hidupku
aku hanya cinta kepada Allah
dan merindukanNya
Aku duduk dan aku berdiri
hanya kerana Dia sepanjang hidupku
Jiwa orang yang cinta
selalu memerhatikan yang dicintainya
dan hatinya terasa hancur kerana kecintaannya
Kebanggaan orang yang dimabuk cinta
ialah apabila malam hari yang dilaluinya
hanya bersama dengan orang yang dicintainya
tempat ia mengadu dan mencurahkan isi hatinya
Dia berdiri di mihrab mengadukan kesusahannya
sedang hatinya penuh gelora cinta kepadanya.
Aku mati kerana penyakitku
yang tidak kutemukan ubat untuknya
dan pula tidak ada jalan keluar
dari musibah yang menimpaku
Apabila penyakit seorang hamba
adalah cinta kepada yang merajainya
maka tiada seorang tabib pun
yang dapat mengubatinya selain Dia.


Sumber : Cambuk Hati, Dr Aidh bin Abdullah Al Qarni, IBS, Bandung, 2004

http://read4truth.blogspot.com

1 komentar:

anonime^^girl mengatakan...

.betul.
.betul.
.betul.
,anda benar!